Thursday 1 August 2013

SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA

PEMBINAAN PIRAMID

Piramid adalah bermula daripada ilham Imhotep.


# Imhotep adalah saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.


# Imhotep memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
# Beliau merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
# Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba.

PIRAMID SAKKARA



 # Piramid Sakkara merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. 
# Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua semasa dinasti ketiga.

PENCIPTAAN KERTAS

# Mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil.

Pokok Papyrus

 # Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan tidak lagi bergantung kepada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

TULISAN

Tulisan hieroglif, hieratik dan demotik.

# Tulisan awal Mesir Purba merupakan tulisan bergambar yang dikenali sebagai hieroglif.
#Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, iaitu berangkai.
# Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik berkembang ke tulisan demotik.

SISTEM PENDIDIKAN

# Mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.
# Kanak-kanak diberikan pendidikan sejak dari umar yang rendah.
# Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
# Pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan, terutamanya jurutulis yang mahir dan terlatih.

ILMU PENDIDIKAN

# Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih bagi menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil, serta pembinaan bangunan dan piramid.
# Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.

PERUBATAN

# Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan.
# Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat.
# Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hari ini.

PENGAIRAN

# Mencipta sistem pengairan yang telah memukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
# Semasa pemerintahan Firaun Senurusret III, tembok pengairan sepanjang 123 kilometer telah dibina bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.

KALENDAR

# Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.