Thursday 1 August 2013

JAWAPAN ULANG KAJI

Berikut adalah jawapan untuk Latihan Ulang Kaji :

 1. Raja Matahari

 2. Berkuasa mutlak, Anak Tuhan Matahari

 3.  I dan IV

 4. Percaya kepada kehidupan selapas mati

 5. Tamadun Mesir Purba terletak di tebing Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru (bermula dari tanah tinggi Ethiopia) dan Sungai Nil Putih (bermula dari Tasik Victoria di Uganda). Sebagai anugerah daripada Sungai Nil kerana tanpa Sungai Nil tidak akan wujud tamadun Mesir Purba. Limpahan air dari Sungai Nil membentuk satu dataran lanar yang subur untuk aktiviti pertanian dan petempatan manusia. 

 6. F1 - Pemerintah tertinggi digelar Firaun
     H1 - Dianggap suci, mempunyai kuasa mutlak, jawatan diwarisi secara turun-menurun
     F2 - Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
    H2 - Diberi gelaran anak Tuhan Matahari, menjadi ketua pendeta, menjadi ketua hakim
      F3 - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan
     H3 - Merupakan pembesar terdiri daripada pegawai/penasihat/gabenor
      F4 - Dibantu oleh golongan rahib dan jurutulis
      H4 - Rahib berperanan mentadbir hal keagamaan
      F5 - Dibantu oleh jurutulis
      H5 - Terdiri daripada orang awam, dilantik untuk menulis rekod kerajaan

 7. Diwarisi  secara turun-temurun

 8. Kepercayaan kepada banyak tuhan

 9. Melambangkan status mayat

10. Pembinaan terusan

11. (a) F1 - Penduduk di Lembah Nil telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak 5000 S.M.
            F2 - Penggunaan alat logam membawa kepada pembinaan sistem peparitan/sistem pengairan
            F3 - Petempatan tetap di lembah Sungai Nil berkembang menjadi perkampungan 
            F4 - Gabungan kampung-kampung mewujudkan bandar
            F5 - Bandar ini kemudian bergabung membentuk nome atau daerah
            F6 - Kesemua nome ini disatukan
            F7 - Salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran

       (b) F1 - Seni bina
            H1 - pembinaan piramid
            F2 - Penciptaan kertas
            H2 - Menggunakan pokok papyrus
            F3 - Ilmu perubatan 
            H3 - Melahirkan pengamal perubatan
            F4 - Kemajuan ilmu sains/fizik/pembedahan
            F5 - Perkembangan ilmu matematik
            F6 - Penciptaan sistem pengairan
            F7 - Pembinaan terusan

       (c) F1 - Masyarakat berbilang kam
            F2 -  Kepelbagaian budaya dan adat resam
            F3 -  Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan
            F4 -  Pembinaan bangunan pencakar langit/moden
            F5 - Kemajuan sistem
            F6 -  Kejayaan dalam bidang
            F7 -  Kejayaan dalam bidang aeroangkasa


      

ULANG KAJI

Taniah! Anda telah mengetahui tamadun Mesir Purba!
Marilah kita mengulang kaji bersama dengan soalan-soalan di bawah :

1. Orang Mesir Purba percaya kepada kekuasaan firaun. Apakah gelaran kepada firaun pada dinasti ketiga dan keempat ?

2. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan firaun dalam tamadun Mesir Purba ?
I   Berkuasa mutlak
II  Anak Tuhan Matahari
III Memegang jawatan di piramid
IV Mempercayai orde kosmos

3. Bagaimanakah kejadian banjir di Sungai Nil membantu peradaban tamadun Mesir Purba ?

4. Mengapakah makam firaun Mesir Purba dipenuhi dengan peralatan dan kelengkapan harian ?

5. Nyatakan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada tamadun manusia.

6. Firaun ialah gelaran yang diberikan kepada ketua kerajaan Mesir Purba. Bagaimanakah jawatan firaun diperoleh ?

7. Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme. Apakah maksud konsep tersebut ?

8. Mayat akan disolek dan dikebumikan bersama peralatan dan alat kebesaran. Mengapakah amalan tersebut dilakukan ?

9. [Firaun Hatshepsut]   [1501 hingga 1479 S.M.]
    Apakah pembaharuan tersebut ?

10. Namakan lokasi tamadun Mesir Purba.

11. Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.
(a)  Bagaimanakah masyarakat di Lembah Nil membina tamadun mereka ?
(b)  Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.
(c)  Setiap tamadun awal mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah keunikan dan keistimewaan negara Malaysia yang menjadi kebanggaan generasi akan datang ?


KESIMPULAN



Tuntasnya, kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.

SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA

PEMBINAAN PIRAMID

Piramid adalah bermula daripada ilham Imhotep.


# Imhotep adalah saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.


# Imhotep memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
# Beliau merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
# Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba.

PIRAMID SAKKARA



 # Piramid Sakkara merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. 
# Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua semasa dinasti ketiga.

PENCIPTAAN KERTAS

# Mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil.

Pokok Papyrus

 # Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan tidak lagi bergantung kepada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

TULISAN

Tulisan hieroglif, hieratik dan demotik.

# Tulisan awal Mesir Purba merupakan tulisan bergambar yang dikenali sebagai hieroglif.
#Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, iaitu berangkai.
# Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik berkembang ke tulisan demotik.

SISTEM PENDIDIKAN

# Mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.
# Kanak-kanak diberikan pendidikan sejak dari umar yang rendah.
# Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
# Pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan, terutamanya jurutulis yang mahir dan terlatih.

ILMU PENDIDIKAN

# Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih bagi menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil, serta pembinaan bangunan dan piramid.
# Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.

PERUBATAN

# Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan.
# Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat.
# Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hari ini.

PENGAIRAN

# Mencipta sistem pengairan yang telah memukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
# Semasa pemerintahan Firaun Senurusret III, tembok pengairan sepanjang 123 kilometer telah dibina bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.

KALENDAR

# Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

CIRI-CIRI TAMADUN MESIR PURBA

PENTADBIRAN

# Firaun Menes (3200 S.M.) menyatukan kesemua nome menjadi sebuah kerajaan.
# Mengasaskan pusat pentadbiran di Thinis.
# Pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Memphis.
# Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini berpindah ke bandar Thebes.
# Terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos.
# Kehidupan di bandar penting kerana bandar merupakan :
- Tempat kediaman firaun
- Pusat pemerintahan dan pentadbiran
- Pelabuhan penting
- Pusat keagamaan 
- Pusat tumpuan penduduk

KEHIDUPAN BERORGANISASI


# Diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
# Jawatan firaun diwarisi secara turun-menurun.
# Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
# Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari, iaitu Amon-Re.

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MESIR PURBA
 

 Firaun merupakan :
- Ketua pendeta
- Pemilik tanah
- Ketua hakim
- Ketua pahlawan
Selepas firaun adalah :
- Golongan bangsawan
- Rahib
- Tuan tanah
-Jurutulis
Lapisan diikuti golongan rakyat bebas :
- Petani
-Pedagang
- Artisan
Lapisan paling bawah :
 - Hamba

# Firaun dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keagamaan dan mengurus serta mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
# Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
# Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.
# Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
# Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.
# Pada Zaman Empayar, seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut.

Patung Firaun Hatshepsut
 

# Era pemerintahan Hatshepsut penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.

PERLUASAN KUASA

Kerajaan Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi kawasan wilayah di Nubia di selatan Mesir Purba hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.

AKTIVITI EKONOMI

# Wujud pengkhususan kerja seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan peralatan.
# Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas.
# Aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombangan emas di kawasan Nubia.
# Pengangkutan air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba.
# Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
#  Berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

# Percaya kepada konsep politeisme.
# Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam, seperti :
- Re (Tuhan Matahari)
 - Ra-Atum (Tuhan Langit)
- Amun (Tuhan Angin)
# Percaya kehidupan selepas mati.


Keranda untuk Firaun 

# Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti.
# Mayat ditanam bersama barang dan kelengkapan harian.
# Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan status mayat tersebut.

SISTEM TULISAN


Mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.

Tulisan hieroglif
Perbezaan tulisan hieroglif berbanding dengan tulisan Inggeris.




 # Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
# Mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai, keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

PROSES PEMBENTUKAN

# Manusia yang mendiami Lembah Nil mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M..
# Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan untuk pertanian.
# Membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan lagi nilai kesuburan tanah.
# Mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.
# Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.

Kampung -> Bandar -> Nome (Daerah) -> Pusat Pentadbiran

# Contohnya, bandar Thinis, Memphis dan Thebes. 

 
 

PENGENALAN

LOKASI

Tamadun Mesir Purba terletak di tebing Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.

# Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai.
# Dua anak sungai iaitu :
- Sungai Nil Biru (bermula dari tanah tinggi Ethiopia)
- Sungai Nil Putih (bermula dari Tasik Victoria di Uganda)

# Sebagai anugerah daripada Sungai Nil kerana tanpa Sungai Nil tidak akan wujud tamadun Mesir Purba.
# Limpahan air dari Sungai Nil membentuk satu dataran lanar yang subur untuk aktiviti pertanian dan petempatan manusia. 

KERANGKA MASA 

Jadual di atas merupakan kerangka masa tamadun Mesir Purba.

# Berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik iaitu antara tahun 10000 S.M. hingga 5000 S.M. 
# Wilayah di persekitaran delta dan di bahagian tengah Mesir Purba telah berkembang menjadi pusat tamadun awal pada 3500 S.M..
# Mengalami zaman kejatuhan semasa pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti :
- Libya (1100 - 947 S.M.)
- Kush (730 - 670 S.M.)
- Assyria (663 - 609 S.M.)
- Parsi (525 S.M.)
- Yunani (332 - 30 S.M.)
- Rom (30 S.M.)