Tuntasnya, kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.