Thursday 1 August 2013

CIRI-CIRI TAMADUN MESIR PURBA

PENTADBIRAN

# Firaun Menes (3200 S.M.) menyatukan kesemua nome menjadi sebuah kerajaan.
# Mengasaskan pusat pentadbiran di Thinis.
# Pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Memphis.
# Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini berpindah ke bandar Thebes.
# Terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos.
# Kehidupan di bandar penting kerana bandar merupakan :
- Tempat kediaman firaun
- Pusat pemerintahan dan pentadbiran
- Pelabuhan penting
- Pusat keagamaan 
- Pusat tumpuan penduduk

KEHIDUPAN BERORGANISASI


# Diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
# Jawatan firaun diwarisi secara turun-menurun.
# Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
# Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari, iaitu Amon-Re.

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MESIR PURBA
 

 Firaun merupakan :
- Ketua pendeta
- Pemilik tanah
- Ketua hakim
- Ketua pahlawan
Selepas firaun adalah :
- Golongan bangsawan
- Rahib
- Tuan tanah
-Jurutulis
Lapisan diikuti golongan rakyat bebas :
- Petani
-Pedagang
- Artisan
Lapisan paling bawah :
 - Hamba

# Firaun dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keagamaan dan mengurus serta mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
# Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
# Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.
# Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
# Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.
# Pada Zaman Empayar, seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut.

Patung Firaun Hatshepsut
 

# Era pemerintahan Hatshepsut penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.

PERLUASAN KUASA

Kerajaan Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi kawasan wilayah di Nubia di selatan Mesir Purba hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.

AKTIVITI EKONOMI

# Wujud pengkhususan kerja seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan peralatan.
# Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas.
# Aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombangan emas di kawasan Nubia.
# Pengangkutan air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba.
# Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
#  Berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

# Percaya kepada konsep politeisme.
# Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam, seperti :
- Re (Tuhan Matahari)
 - Ra-Atum (Tuhan Langit)
- Amun (Tuhan Angin)
# Percaya kehidupan selepas mati.


Keranda untuk Firaun 

# Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti.
# Mayat ditanam bersama barang dan kelengkapan harian.
# Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan status mayat tersebut.

SISTEM TULISAN


Mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.

Tulisan hieroglif
Perbezaan tulisan hieroglif berbanding dengan tulisan Inggeris.




 # Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
# Mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai, keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.